Senyuman wajah ibu terbayang dibenakku. Aku memandang ke siling sambil teringat kenangan bersama ibu ketika aku masih kecil. Setiap kali aku teringat, pasti mutiara jernih mengalir di pipiku. Ibulah segala-galanya bagi kami semua. Ibu gigih berusaha membesarkan kami 7 orang adik-beradik. Di antara kami semua, akulah paling rapat dengan ibu.
Keluarga kami memiliki kebun sayur yang diusahakan oleh ibu semenjak ayah meninggal. Selain itu, ibu juga memelihara ayam di belakang rumah. Abang dan kakak ditugaskan untuk menjual kepada tauke Ah Chong. Kadang kala ibu dermakan saja ke masjid atau orang kampung. Ibu sering mengingatkan kami agar tidak tamak terhadap apa yang dimiliki. Aku bangga memiliki keluarga yang bahagia walaupun hidup dalam kesederhanaan. Aku bangga punya ibu yang cekal, abang yang gigih, kakak yang rajin dan adik yang menurut kata.
“Rezeki harus dikongsi bersama” kata ibu sambil tersenyum manis. Aku memandang wajah ibu yang berkedut. Uban putih mulai mewarnai rambut ibu yang semakin nipis. Ibu pasti membelai kepalaku setiap kali aku berbaring di ribanya.
Ketika aku berumur 12 tahun, ibu selalu bawa aku dan 3 orang adik lelakiku ke sawah untuk membantu orang kampung. Banyak bangau putih berkaki panjang bermain di sawah untuk menangkap ikan-ikan kecil. Sudah pasti kami berempat tidak akan menyelam sambil minum air. Kami ditugaskan untuk mengangkat padi yang telah disabit ke pondok simpanan padi. Belum separuh angkatan, kami pasti terjun ke sungai sambil mencari ketam atau udang. Di saat itu, suara ibu bergema memanggil namun ibu tidak pernah memarahi kami. Ibu hanya akan tersenyum dan menasihati agar tidak terlalu lama berendam di dalam air. Risau kami akan demam. Itulah ibu yang sangat kucinta.
Aduh! Betapa aku rindu akan semua itu.
“Elena rindukan ibu…” desis hatiku.
Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila bahuku ditepuk perlahan oleh Kak Connie. Aku segera mengelap air mata yang sempat mengalir namun pantas tanganku digenggam.
“Elena menangis lagi? Ibu dah pesan supaya hadiahkan doa bukannya tangisan. Elena harus tabah. Ibu pergi kerana Tuhan lebih sayangkan ibu,” Kak Connie mengelus perlahan rambutku.
Air mataku diseka dan aku terus memeluk erat kakakku.
“Elena sangat rindukan ibu, kak. Terlalu awal ibu dijemput pergi. Elena belum sempat habiskan pengajian di IPG. Ibu tak sempat lihat Elena menggenggam segulung jazah perguruan, kak,” aku menangis tersedu-sedu.
Aku masih ingat akan kata-kata ibu semasa aku menyambung pengajian ke IPG.
“Ibu yakin Elena dapat menjadi seorang guru yang baik, berkaliber dan penyayang,” ujar ibu sambil memegang tanganku.
Memang pada mulanya aku tidak mahu masuk ke IPG. Aku tidak berminat dalam bidang perguruan. Namun setelah setahun belajar, minat itu sudah mulai tumbuh dan semakin mekar dari hari ke hari.
“Elena…Ibu sering ingatkan kita supaya jangan mempersoal takdir Tuhan. Elena ingat bukan?”
Aku menggenggam erat jemari Kak Connie.
“Ya.. Elena ingat, kak.” Ujarku sambil menghela nafas panjang.
“ Sudahlah..Mari kita bertolak sekarang. Sudah 2 minggu kita tidak melawat kubur ibu.”
Aku bangun sambil menyimpan kembali potret ibu. Aku menatap wajah bening ibu.
“Ibu..Elena janji akan terus tabah untuk hadapi semua cabaran demi keluarga kita. Elena sangat sayangkan ibu,” desis hatiku sambil melangkah mengikuti Kak Connie ke kereta.
“Adik abang seorang ni nangis lagi? Hodohnya hidung Elena. Merah seperti cili. Macam hidung badut pula,” usik abangku.
Pecah tawa kami adik beradik. Aku tersenyum sambil memeluk adik bongsuku. Mentari pagi bersinar cerah bagaikan memberitahu ibu turut gembira di alam sana. Aku menatap mentari dan tersenyum..
“Ibu…sebentar lagi kami akan melawat ibu.,” bisikku sambil memasukkan bunga ros ke dalam kereta untuk dihadiahkan kepada ibu.
Ibu...
tiada indah selain belaianmu,
tiada suci selain doa tulusmu,
terhentiku di pusara rahimmu,
di antara perjalanan matahari dan rembulan,
kasih sayangmu tercurah untukku anakmu.
tiada indah selain belaianmu,
tiada suci selain doa tulusmu,
terhentiku di pusara rahimmu,
di antara perjalanan matahari dan rembulan,
kasih sayangmu tercurah untukku anakmu.
Ibu...
tiada teduh selain tatapanmu,
tiada lembut selain bahasamu,
lewat untaian kata ini,
aku amat merinduimu…
tiada teduh selain tatapanmu,
tiada lembut selain bahasamu,
lewat untaian kata ini,
aku amat merinduimu…
3 comments:
karya sendiri utk mr.moRf a.k.a MORFOLOGI
saya mau cuba kumen lah ini!hehehehe.bagi gred A la..heheh :P
thx :)
karya budak sikul seja ne :p
Post a Comment