"Differences are not intended to separate, to alienate. We are different precisely in order to realize our need of one another"

Jom Join ^^

Saturday, February 12

menguap


hahaha ... apa yg anda lakukan setelah melihat gambar baby yg sedang menguap di atas? xda apa2 perubahan??

tgk yg ini pula >>


kebiasaannya kita akan menguap apabila kita melihat orang lain menguap. Penyelidik menyatakan dalam 40-60% orang yang tengok gambar orang menguap akan turut menguap. Kalau baca perkataan "Menguap" pun kadang2 boleh buat orang ikut menguap. huh??? betul kan??? hehehe
binatangpun boleh menguap jugak. cuba tengok kucing anda di rumah. kucing pun boleh menguap jugak :) so cuteeee kalau kucing menguap =)

okeh.. Kenapa kita menguap ???

Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berfikiran yang kita menguap kalau kita rasa bosan. Kalau dalam kuliah, mesti ramai yg menguapkan? apa lagi kalau kuliah yg disampaikan tu x menarik. masa tu laaa ramai yg buat senaman mulut + muka ! h0h0h0h0

Tapi, tapi, tapi... Kenapa menguap boleh berjangkit?

okeh, ini satu soalan teka teki yang baik. kamu soal la kawan2. kompom x dapat jawab! hehehe 
Bila kita lihat orang menguap, otak kita memproses informasi dan akan disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang special yang menjadi aktif bila kita membuat sesuatu atau bila kita melihat orang lain membuat sesuatu lalu meniru aksi orang lain. Selain daripada kajian itu, penyelidik membuat teori bahawa kejangkitan menguap ini dapat menolong kita berkomunikasi  level of alertness kita kepada orang lain. Dengan itu, kita dapat coordinate masa tidur kita dengan orang lain.

emmm .... jadi macam mana?? setakat ini, belum ada kajian yg tepat kenapa menguap boleh berjangkit. so readers, kalau anda ada maklumat mengenai entri ini sila kongsikan kepada saya okeh ? ^^


 

hey3 ... kalau menguap, mesti tutup mulut okeh ^^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...